RSS

Bagimana Untuk Kelihatan Muda




Kadang kadang apabila kita berada dalam usia 20-an kita merasakan kita mahu untuk kelihatan dewasa dan apabila kita berada dalam umur 40-an kita mahu untuk kelihatan muda dan bertenaga. Kadang kadang-kadang kita tercari cari apakah yang menyebabkan kita akan menjadi muda dan kelihatan muda.

Antara panduan yang boleh digunakan adalah :

Jangan Risaukan Tentang Umur Anda
Lupakan tentang umur anda. Berhenti dari mengira nafas anda. Fikirkan apa yang anda akan lakukan dalam hidup anda. Tulis tentang matlamat hidup anda dan pencapaian anda dari dulu hingga sekarang. Kita tidak dapat mengawal masa dan setiap saat yang berlalu menyebabkan kita semakin tua. Masa tidak pernah berehat atau berhenti, mengapa kita perlu mengganggu fikiran kita dengan pelbagai perkara yang di luar batasan kawalan kita.

Berfikiran positif
Berfikiran positif menyebabkan kita akan menyebabkan kita mudah berasa bahagia dan muda. Berfikiran positif juga adalah faktor utama setiap kejayaan.

Murahkan Senyuman
Senyuman merupakan satu sedekah dan senyuman yang ikhlas adalah satu hadiah yang paling tidak ternilai. Hidup merupakan satu perjalanan yang panjang dan masa susah dan masa sukar merupakan salah satu dari titian perjalanan kehidupan. Apabila kita tersenyum dalam apa jua keadaan, kita tentu akan dapat menyelesaikan masalah tersebut. Ketegangan dan bimbang membuatkan kita kelihatan tua dan jika boleh cuba elakkan ketegangan dan kebimbangan terus menghantui diri kita.

Kehijauan Suasana
Luangkan masa untuk berjalan dalam kehijauan dan udara terbuka. Lupakan segala segalanya dan fokus pada kehijauan dan udara segar. Apabila menyedut udara yang segar disana, kita akan merasakan sesuatu aura yang menyebabkan kita menjadi sihat. Sebenarnya aura tersebut adalah mesej kehidupan yang dihantar dari setiap tumbuhan yang berada di sana.

Bersukan
Bersukan merupakan salah satu cara yang terbaik untuk menjadi muda. Besukan membantu kita untuk meningkatkan semangat atlet ini adalah kerana atlet yang bertenaga akan kelihatan lebih muda dari usia mereka.

Berehat
Berehat bmerupakan salah satu cara yang akan meningkatkan semangat muda dalam diri anda. Tidur santai adalah penting dan sekurang kurangnya 8 jam. Ia akan meningkatkan prestasi badan, membuatkan anda lebih baik dan paling penting adalah anda akan kelihatan muda.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bagaimana Bersikap Positif



Bagaimana Bersikap Positif?

Bersikap positif adalah menjadi positif dari semua segi selagi ia tidak melanggar batas batas adat dan syariat. Bersikap positif juga adalah kunci kepada kebahagiaan. Cuba bayangkan jika kita bangun pagi dalam keadaan negatif dan terus memulakan hari, keadaan akan menjadi kelam kabut, kusut dan apabila tamatnya hari tersebut kita akan merasakan hari kita lalui adalah begitu teruk dan sungguh membosankan.

Positif juga boleh dikaitkan dengan kegembiraan, ini adalah kerana apabila kita bersikap positif kita akan berasa gembira tidak kira betapa teruknya keadaan yang kita alami. Contoh yang terbaik adalah kita melihat insan insan yang suka melakukan kebaikan dengan bersedekah dan beramal akan bersikap positif dan tenang dalam semua segi berbanding orang yang mengejar dunia tanpa tujuan yang pasti. Cara yang terbaik untuk menyemarakkan rasa positif dalam diri adalah berdamping dengan insan yang kurang bernasib baik. Ia seperti cetusan perasaan yang berbelah bahagi apabila kita mereka melihat mereka dan terus mewujudkan sifat positif dalam diri dan kita akan terus mensyukuri apa yang kita ada. Keceriaan juga boleh mempengaruhi sifat positif seseorang dimana dengan menjadi ceria dan gembira dapat memupuk perasaan positif.

Ada segelintir dari manusia pernah berkata:-

"Kenapa kau ni asyik senyum dan gelak sahaja, kau tu muda lagi tak rasa kesusahan dunia"

"Kau tu tak kahwin lagi bila dah kahwin tahulah kau dengan sikap pasangan kau barulah kau berhenti tersenyum"

"Kau ingat kau senyum dan ceria boleh menyebabkan duit turun dari lagit ke? boleh bayar hutang ke? boleh beli kereta ke?"

"Tak payahlah buat comel, kau ingat dengan senyuman kau tu, kau boleh dapat penghargaan oleh kawan kawan ke? jadi perkerja terbaik ke?"

Itulah antara kata kata segelintir insan yang kurang gembira dengan kehidupan mereka dan kadang kadang mereka sendiri pun tidak tahu apa yang dicari oleh mereka. Hakikat yang perlu diketahui bahawa setiap hari kita akan mencari sisi terang dalam kehidupan dan mencuba menjadi terbaik dan gembira dalam semua segi dan dengan bersikap positif semua ini boleh menjadi. Dengan bersikap positif kita akan meningkatkan keupayaan diri untuk melihat penyelesaian kepada masalah hidup, berkeyakinan untuk menghadapi segala macam dugaan dan ujian. Selain itu dengan bersikap positif juga dapat membuatkan kita berani dan tidak takut pada kekalahan.

Bersikap positif juga dapat membuatkan kesihatan kita baik, ini terbukti hasil dari kajian akademik yang menunjukkan bahawa bersikap positif sahaja dapat memberikan kesan yang nyata pada pencegahan penyakit seperti sakit jantung dan pelbagai jenis penyakit lagi. Pengalaman penulis adalah penulis sendiri pernah melihat keajaiban penyembuhan dengan minda yang positif ketika penulis berada di asrama. Ada seorang kawan penulis, betisnya luka yang agak dalam dan panjang luka tersebut 2 inci dan penulis ingin memberitahu penyelia asrama untuk mendapatkan bantuan dan dihalang oleh kawan penulis dengan alasan tidak mahu menyusahkan orang lain disebabkan waktu malam. Lalu dia berkata.

Tak apa, dengan Izin Allah yang menganugerahkan minda cemerlang pada kita, aku akan cuba ubati sakit aku. Kalau aku dah tak tahan nanti, aku akan panggil penyelia. Tak apa kau tidur lah dahulu”

Setelah habis mengulangi pelajaran, penulis pun tidur dan alangkah terkejutnya penulis pada keesokkan paginya apabila melihat luka kawan penulis telah kering dan penulis bertanya apa rahsianya dan dia menjawap.

Aku tengok kaki aku selama sejam sambil tu aku cakap dekat kaki aku, kau akan baik, kau akan sembuh, luka akan kering, selepas itu aku pun berzikir dan selepas aku berzikir aku cakap lagi dengan kaki aku dan selepas sejam aku dapati kulit aku yang terkoyak tu bercantum balik. Walaupun belum baik sepenuhnya tetapi aku dah tak rasa sakit di bahagian yang sakit tu”

Mulai dari itu penulis mula belajar untuk menjadi positif dan meningkatkan sifat positif dalam diri.
..........................................................................



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bagaimana Cara Menghilangkan Jerawat Dalam Tempoh 48 Jam




Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kebanyakkan produk-produk kecantikan tidak cukup kuat untuk menghasilkan keputusan yang diharapkan untuk menangani masalah jerawat. Pada masa sekarang, ubat semula jadi yang ringkas sedang diuji sebagai alternatif rawatan yang lebih baik dan lebih selamat.

Kesan ubatan moden semakin banyak sekarang ini dan kebanyakkan pengguna lebih banyak beralih kepada rawatan alternatif, rawatan tradisional dan rawatan herba dalam mencegah dan menghilangkan jerawat

Berikut adalah 3 langkah mudah bagaimana jerawat boleh diubati.

1. Dapatkan daun pahit yang segar. Perah secara perlahan-lahan di antara tapak tangan anda supaya untuk menjadikan ia lembut . Kemudian cuba gumpalkan dan gosok dengan lembut pada muka. Dengan berbuat demikian, jus dari daun pahit akan berlumuran pada jerawat . Kebanyakkan jerawat yang baru tumbuh akan terbuka dan jerawat lama akan pecah. Kadang kadang anda akan berasa merasa gatal di beberapa bahagian di muka anda, ini adalah kerana daun tersebut telah menyerap di liang roma dan mengecutkan bahagian muka yang berjerawat

Prosedur ini dilakukan adalah untuk mengecutkan liang liang jerawat yang terdapat di muka anda, selain dari itu daun pahit tersebut berupaya menghilangkan kesan kesan minyak yang terdapat di muka anda. Biarkan air perahan daun tersebut kering di muka anda dan basuh selepas sepuluh minit.

2. Sediakan setengah gelas Quaker Oat. Apabila ia sejuk, letakkan pada muka anda. Biarkan selama 10 hingga 15 minit dan selepas ia keraing basuh muka anda

3. Campuran minyak biji anggur dengan minyak lavender dan biarkan selama sepuluh minit

Selain itu, ambil perhatian terhadap tips berikut.

Jerawat terjadi akibat dari terlebihnya penghasilan minyak dalam badan yang disebabkan lemak. Antara langkah yang boleh digunakan untuk mengatasinya adalah kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan cuba perbanyakkan senaman. 

Apa yang penting adalah cuci muka anda setiap kali aktiviti luar dan mandi selepas bangun tidur dan sebelum tidur dan kurangkan memakai kosmetik yang berminyak.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bagaimana Mendapatkan Suami Anda Semula




Perkahwinan merupakan paparan utama kepercayaan dan komitmen antara dua insan dalam percintaan. Apabila lafaz diucapkan di majlis akad nikah, ia merupakan kata kata yang akan mengatakan hubungan kekal sehingga selama lamanya ataupun sehingga kematian mejelang tiba. 

Malangnya tidak selalunya begitu. Kadang kadang dalam perkahwinan mungkin ada pasangan suami isteri mendapati bahawa perceraian merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah anda. Akan tetapi apabila pasangan anda tiada di sisi anda, anda akan merasa kesunyian dan kehampaan dan dunia anda akan berasa gelap. Pada waktu itu juga anda mahukan pasangan anda atau suami anda kembali ke sisi anda walau dengan apa jua cara sekalipun. Tiada apa apa akan mengubah perkara yang dikatakan dan perkara dilakukan pada masa lalu tetapi ia masih mempunyai harapan untuk satu satu permulaan hubungan baru walau pun ia berada di tengah tengah.

Menyalahkan satu sama lain merupakan merupakan satu sebab cinta tidak dapat berkembang semula tetapi jika anda bertindak dengan lebih matang dengan membiarkan semua kesalahan pergi. Ia akan membuatkan anda berfikir secara positif tentang apakah yang telah berlaku dan bagaimana jalan penyelesaiannya dan pada waktu tersebut mungkin akan ada jalan dan perkahwinan anda akan dapat disambu ng semula.

Apa yang penting, anda haruslah berfikiran positif dan jangan cuba menyalahkan diri sendiri sebaliknya dengan berusaha menjadi yang terbaik dan cuba memperbetulkan keadaan. 

Antara cara yang boleh dipraktikkan adalah 

  • Meminta maaf dengan ikhlas dan berjanji dengannya yang anda tak akan ulangi kesalahan yang anda telah lakukan. Beritahu padanya sebagai wanita anda hanya mahu pendapat anda didengar dan dan bukan anda mahukan perceraian dan bertahu lagi padanya yang anda mahukan suami anda semula. Pada masa yang sama anda perlu memastikan yang apa cara yang dilakukan dapat menarik minat dia untuk bersama anda semula. 


  • Mengaku padanya yang anda cukup cintakan bekas suami anda dan anda muhukan dia kembali melayari bahtera rumah tangga seperti dulu. Ambil masa, pergilah berjumpa dengan bekas suami anda  dengan memakai pakaian yang dihadiahkannya dan cuba membawa bekal masakan kegemarannya. Cuba membuatkan diri anda dihargai olehnya dan dengan gaya anda cuba membuatkan dia menyesal kerana melepaskan wanita yang terbaik untuk dirinya.


  • Cuba menghargai kebaikan yang bekas suami anda yang telah dicurahkan pada anda. Cuba memujinya dan memberitahu padanya yang anda begitu menghargai dirinya sepanjang tempoh perkahwinan anda. Kalau boleh cuba ingat apa apa jua pemberian cinta yang diberikan pada sama ada tulisan, madah ataupun pemberian hadiah. Cuba kenangkan kembali saat bersama dengan dia sewaktu anda berjalan jalan atau bercuti dan selepas itu cuba kata dengan iklas yang Anda Mahukan Suami Anda Semula.


  • Cuba memenangi kepercayaannya semula, kalau boleh cuba cari isu yang amanah yang dimana hanya anda seorang sahaja yang tahu perkara tersebut dan cuba ceritakan pada dirinya. Cuba tonjolkan pada dirinya yang hanya anda yang layak menyimpan rahsia dan amanah terhadap apa yang dia sampaikan dan cuba menjadikan diri anda insan yang dipercayai olehnya. 


  • Setelah anda mempraktikkan cara seperti diatas cuba beri bekas suami anda masa dan jangan tergesa gesa. Biarkan dia untuk sementara dan jika dia sukakan anda dia akan kembali pada anda dan melayari bahtera rumahtangga seperti dahulu. Jika dia tidak sukakan anda dia akan mempunyai banyak hujah dan alasan untuk menolak anda dari sisinya. Walau apapun jika bekas suami anda menyayangi anda dia akan kembali ke sisi anda dan memafkan semua kesalan anda dan pada masa yang sama ia juga akan berjanji akan membina hidup baru bersama dengan anda dan menimbus kembali kenangan pahit dan barjanji tak akan digali semula kesalahan yang dilakukan dahulu.


Apa yang penting kunci utama untuk Mendapatkan Suami Anda Semula adalah anda perlu BERUBAH untuk menjadi lebih baik dan terbaik...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bagaimanakah Cara Diet Yang Terbaik




Sebenarnya solan ini sedang bermain di minda kita semua. Apakah diet yang terbaik? Apakah cara menurunkan berat badan yang terbaik dan mengekalkan penampilan kita di luar? Apakah terdapat cara yang mudah bagi membolehkan kita makan apa sahaja dan masih mahu menurunkan berat badan? Jawapan mudah adalah tidak.

Kebanyakkan noktah diet kita telah berakhir pada noktah yang lain dan kita terus merasa kabur dan tidak tahu dari arah mana hendak bermula. Jadi soalan yang masih sama bermain di fikiran adalah, adakah diet yang terbaik? Satu jawapan yang mudah adalah tiada diaet yang terbaik. Tiada penyelesaian jangka panjang penurunan berat badan tanpa tabiat pemakanan yang terbaik dan perubahan gaya hidup. Ia adalah begitu mudah tetapi gagal difahami.

Tetapi berat badan yang ideal dan penurunan berat badan boleh dicapai dan ia boleh dicapai ketika kita mendapatkan kecergasan dan kesihatan kita semula. Apa yang diperlukan adalah minda yang terbaik, perancangan dan dedikasi. Secara ringkas kita perlu mengubah gaya hidup kita dan komited untuk perubahan yang dibuat.

Berikut adalah cara saya untuk menghilangkan 35 kg berat dalam tempoh 10 bulan, sebenarnya saya kehilangan berat perlahan lahan dan secara berterusan. 

  • Hapuskan makanan yang dibeli di pasaraya dan hapuskan makanan yang diproses. Beri tumpuan keseluruhan dari hasil organik. 

  • Hapuskan gula halus. Memang persoalan ini akan banyak ditanya, tetapi ini adalah cara yang terbaik untuk menurunkan berat badan. Kebanyakkan gula halus terdapat terdapat didalam banyak makanan yang diproses bagi mengekalkan kesedapan rasa makanan tersebut. Kebanyakkan makanan yang dibnungkus juga terdapat banyak gula halus yang mungkin akan mengejutkan anda apabila membaca kanduangan gula di peket tersebut. Apa yang penting adalah cuba hapuskan makanan yang mengandungi gula halus di dalam senarai diet anda.

  • Hapuskan makanan putih yang diproses dan beralihlah tabiat pemakanan kepada biji bijian seperti beras perang, bijirin dan lain lain lagi. 

  • Jauhkan diri anda dari lemak tepu dan jauhilah dari makan makanan segera, makanan segera yang dibakar, dan makanan ringan. Cuba ambil makanan yang mengandungi lemak tak tepu seperti minyak zaitun.

  • Masak dari awal waktu, pengurusan masa yang diperlukan bagi memasak makanan yang sihat walaupun ia mengambil masa yang agak lama tetapi itulah caranya untuk anda mengenali bahan apakah yang anda masak dan bahan yang anda akan makan.


Inilah lima langkah asas yang penting untuk kesihatan yang baik dan mengurangkan berat badan. Apa yang penting perubahan ini akan dirasa secera perlahan lahan. 

Kunci perubahan pada diet anda adalah mengurangkan makanan yang diproses dan kembali ke makanan semulajadi atau makanan organik....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bagaimana Membuka Akaun SSPN-i ?



Bagaimana Membuka Akaun SSPN-i ?

Soalan 1 :
Apa itu SSPN-i?
Jawapan :
SSPN-i merupakan satu instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-iadalah berlandaskan syariah menggunakan konsep ‘Wakalah Bil Istithmar'.


Soalan 2 :
Apakah objektif SSPN-i?
Jawapan :
Membudayakan tabiat menabung dikalangan warganegara Malaysia bagi tujuan pendidikan tinggi.


Soalan 3 :
Siapakah yang layak untuk membuka akaun SSPN-i?
Jawapan :
Kategori 1 (Akaun Am): 
Akaun dibuka oleh ibubapa/ penjaga/ warganegara Malaysia yang lain untuk mereka yang berumur 18 tahun ke bawah dan boleh mengekalkannya sehingga umur genap 28 tahun.
Kategori 2 (Akaun Am/ Individu):
Warganegara yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai pilihan samada untuk membuka akaun individu atau membuka akaun am oleh ibu bapa/ penjaga/ warganegara Malaysia yang lain.
Kategori 3 (Akuan Individu):
Warganegara yang berumur 29 tahun ke atas, perlu membuka akaun individu.


Soalan 4 :
Bagaimanakah caranya untuk membuka akaun SSPN-i?
Jawapan :
Pembukaan akaun SSPN-i boleh dibuat melalui kaunter PTPTN dan ajen SSPN-i di seluruh negara. Dokumen – dokumen yang perlu disertakan semasa membuka akaun:
(i) Salinan MyKad/ Kad Tentera/ Kad Polis pemohon.
(ii) Salinan Sijil Kelahiran/ MyKid/ MyKad anak.
(iii) Surat Akuan Berkanun/Sijil Anak Angkat (bagi ibu bapa yang ingin membuka akaun bagi anak angkat di bawah jagaan sah mereka).


Soalan 5 :
Apakah keistimewaan menyimpan?
Jawapan :
SSPN-menawarkan keistimewaan berikut:
  • Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN;
     
  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000.00 setahun;
     
  • Perlindungan Takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas*;
     
  • Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak**;
     
  • Simpanan dijamin oleh Kerajaan;dan;
     
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
Nota :
Perlindungan takaful berupa manfaat dan/ atau khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun hanya layak mendapat khairat kematian jika berlaku kematian keatasnya.
** Keluarga yang berpendapatan isi rumah (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan layak dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan.



Soalan 6 :
Dimanakah saya boleh membuat pembukaan akaun SSPN-i?
Jawapan :
Pembukaan akaun boleh dilakukan melalui saluran- saluran berikut:
BIL
SALURAN
AGENSI/ EJEN

1.

Kaunter
•    PTPTN
•    Maybank
•    Bank Islam Malaysia Berhad
•    Bank Simpanan Nasional
•    CIMB Bank Berhad
•    Agro Bank
•    Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
Berhad

2.
Potongan Gaji
•    Kakitangan Awam:
      -   Jabatan Akauntan Negara Malaysia
           (JANM)
      -   Perbendaharaan Negeri
      -   Badan Berkanun
      -   Pihak Berkuasa Tempatan
•    Kakitangan Swasta:
      -   Persetujuan majikan masing-masing
3.
Portal Rasmi PTPTN
(e-SSPN-i) Melalui
Financial Processing
Exchange (FPX)

•    Maybank
•    CIMB Bank Berhad
•    Bank Islam Malaysia Berhad
•    Hong Leong Bank
•    Public Bank Berhad
4.
Secara Dalam Talian
Melalui MyBayar
•    Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
5.
Perbankan Internet
•    Maybank (www.maybank2u.com.my)
•    CIMB Bank Berhad (www.cimbclicks.com.my)
6.
Automated Teller
Machine (ATM) dan
Cash Deposit Machine (CDM)
•    Maybank
•    Bank Simpanan Nasional

7.
Arahan Tetap
•    Maybank
•    Bank Simpanan Nasional
8.
Phone Banking
•    Maybank
9.
Autodebit
•    Agro Bank
Nota : Penambahan deposit juga boleh dibuat melalui terminal One Pay di 400 lokasi seluruh negara. Maklumat lanjut layari laman web PTPTN.


Soalan 7 :
Bolehkah penerima manfaat mempunyai lebih daripada satu akaun?
Jawapan :
Seseorang penerima manfaat boleh mempunyai lebih daripada satu akaun iaitu akaun yang dibuka oleh ibu/ bapa/ penjaga/ mana-mana warganegara Malaysia yang lain.


Soalan 8 :
Perlukah pendeposit dan penerima manfaat terdiri daripada ahli keluarga terdekat?
Jawapan :
Tidak semestinya kerana mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain.


Soalan 9 :
Sekiranya penerima manfaat telah mencapai umur 29 tahun, adakah akaun SSPN-i perlu ditukar ke akaun diri sendiri?
Jawapan :
Ya.


Soalan 10 :
Berapa lamakah proses permohonan pembukaan akaun SSPN-i?
Jawapan :
Proses permohonan pembukaan akaun SSPN-i mengambil masa tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.


Soalan 11 :
Adakah Kad SSPN-i berfungsi seperti kad ATM bank?
Jawapan :
Tidak.


Soalan 12 :
Bagaimanakah cara untuk menggantikan Kad SSPN-i?
Jawapan :
Pendeposit boleh menghubungi hotline PTPTN atau hadir di Pejabat PTPTN Negeri yang berhampiran.


Soalan 13 :
Apakah kelebihan simpanan secara potongan gaji?
Jawapan :
(i) Memastikan simpanan secara tetap dan konsisten.
(ii) Menjimatkan masa dan kos.
(iii) Menggalakkan budaya menabung.


Soalan 14 :
Bagaimanakah potongan gaji dilaksanakan?
Jawapan :
Pendeposit perlu mengisi dan melengkapkan Borang Kebenaran/ Penamatan Potongan Gaji Bulanan SSPN-i. (Klik di sini).


Soalan 15 :
Adakah simpanan SSPN-i boleh dikeluarkan untuk kegunaan lain?
Jawapan :
Ya, boleh.


Soalan 16 :
Adakah simpanan SSPN-i dipotong secara automatik sekiranya penerima biaya tidak membuat bayaran balik pembiayaan pendidikan PTPTN mengikut tempoh yang telah ditetapkan?
Jawapan :
Tidak.


Soalan 17 :
Bagaimanakah cara untuk menyemak jumlah simpanan SSPN-i?
Jawapan :
  • Melalui Portal Rasmi PTPTN (Klik di sini)
     
  • Melalui SMS dengan menaip: PTPTN SSPN-i<JARAK>NO AKAUN SSPN-i dan hantar ke 33199.
     
  • Hubungi hotline PTPTN.


Soalan 18 :
Bolehkah pengeluaran SSPN-i dilakukan oleh orang lain selain pendeposit?
Jawapan :
Tidak.


Soalan 19 :
Adakah caj dikenakan jika ingin mengeluarkan simpanan SSPN-i?
Jawapan :
Tiada.


Soalan 20 :
Bagaimanakah caranya untuk mengeluarkan simpanan SSPN-i?
Jawapan :
Pendeposit hendaklah melengkapkan dan mengemukakan dokumen berikut kepada PTPTN atau ejen SSPN-i:
(i) Slip Pengeluaran Deposit/ Tuntutan Geran Sepadan atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan GeranSepadan.
(ii) Salinan muka hadapan buku akaun simpanan/ penyata akaun pendeposit sekiranya ingin wang simpanan tersebut dikreditkan ke akaun pendeposit.


Soalan 21 :
Berapa lamakah proses pengeluaran deposit/ penutupan akaun SSPN-i?
Jawapan :
Proses permohonan pengeluaran deposit/ penutupan akaun SSPN-i mengambil masa tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.


Soalan 22 :
Sekiranya pendeposit meninggal dunia, bagaimanakah proses penutupan akaun SSPN-i?
Jawapan :
Sekiranya simpanan dalam akaun SSPN-i kurang daripada RM1,000, waris hendaklah melengkapkan dan mengemukakan dokumen berikut kepada PTPTN atau ejen SSPN-i:
  1. Borang Penutupan Akaun atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan.
  2. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera waris.
  3. Salinan Sijil Kematian pendeposit.
  4. Borang Pengesahan Waris kepada pendeposit SSPN-i (simati).
  5. Borang Bon Tanggung Rugi yang disediakan oleh PTPTN serta dimatikan Setem Hasil bernilai RM10.
  6. Salinan muka hadapan buku akaun simpanan/penyata akaun waris sekiranya ingin wang simpanan tersebut dikreditkan ke akaun waris.
Manakala sekiranya simpanan dalam akaun SSPN-i berjumlah RM1,000 dan ke atas, waris hendaklah mengisi dan melengkapkan dokumen berikut serta mengemukakan melalui ejen SSPN-i atau diposkan terus kepada PTPTN:
  1. Borang Penutupan Akaun atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan.
  2. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera waris yang disahkan oleh pihak yang diberi kuasa.
  3. Salinan Kad SSPN-i.
  4. Salinan Sijil Kematian pendeposit.
  5. Mengemukakan salah satu dokumen berikut daripada mana-mana badan yang dilantik (asal dan salinan):
  • Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
  • Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah; atau
  • Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/Arahan).
     

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS