RSS

Bagaimana Bersikap Positif



Bagaimana Bersikap Positif?

Bersikap positif adalah menjadi positif dari semua segi selagi ia tidak melanggar batas batas adat dan syariat. Bersikap positif juga adalah kunci kepada kebahagiaan. Cuba bayangkan jika kita bangun pagi dalam keadaan negatif dan terus memulakan hari, keadaan akan menjadi kelam kabut, kusut dan apabila tamatnya hari tersebut kita akan merasakan hari kita lalui adalah begitu teruk dan sungguh membosankan.

Positif juga boleh dikaitkan dengan kegembiraan, ini adalah kerana apabila kita bersikap positif kita akan berasa gembira tidak kira betapa teruknya keadaan yang kita alami. Contoh yang terbaik adalah kita melihat insan insan yang suka melakukan kebaikan dengan bersedekah dan beramal akan bersikap positif dan tenang dalam semua segi berbanding orang yang mengejar dunia tanpa tujuan yang pasti. Cara yang terbaik untuk menyemarakkan rasa positif dalam diri adalah berdamping dengan insan yang kurang bernasib baik. Ia seperti cetusan perasaan yang berbelah bahagi apabila kita mereka melihat mereka dan terus mewujudkan sifat positif dalam diri dan kita akan terus mensyukuri apa yang kita ada. Keceriaan juga boleh mempengaruhi sifat positif seseorang dimana dengan menjadi ceria dan gembira dapat memupuk perasaan positif.

Ada segelintir dari manusia pernah berkata:-

"Kenapa kau ni asyik senyum dan gelak sahaja, kau tu muda lagi tak rasa kesusahan dunia"

"Kau tu tak kahwin lagi bila dah kahwin tahulah kau dengan sikap pasangan kau barulah kau berhenti tersenyum"

"Kau ingat kau senyum dan ceria boleh menyebabkan duit turun dari lagit ke? boleh bayar hutang ke? boleh beli kereta ke?"

"Tak payahlah buat comel, kau ingat dengan senyuman kau tu, kau boleh dapat penghargaan oleh kawan kawan ke? jadi perkerja terbaik ke?"

Itulah antara kata kata segelintir insan yang kurang gembira dengan kehidupan mereka dan kadang kadang mereka sendiri pun tidak tahu apa yang dicari oleh mereka. Hakikat yang perlu diketahui bahawa setiap hari kita akan mencari sisi terang dalam kehidupan dan mencuba menjadi terbaik dan gembira dalam semua segi dan dengan bersikap positif semua ini boleh menjadi. Dengan bersikap positif kita akan meningkatkan keupayaan diri untuk melihat penyelesaian kepada masalah hidup, berkeyakinan untuk menghadapi segala macam dugaan dan ujian. Selain itu dengan bersikap positif juga dapat membuatkan kita berani dan tidak takut pada kekalahan.

Bersikap positif juga dapat membuatkan kesihatan kita baik, ini terbukti hasil dari kajian akademik yang menunjukkan bahawa bersikap positif sahaja dapat memberikan kesan yang nyata pada pencegahan penyakit seperti sakit jantung dan pelbagai jenis penyakit lagi. Pengalaman penulis adalah penulis sendiri pernah melihat keajaiban penyembuhan dengan minda yang positif ketika penulis berada di asrama. Ada seorang kawan penulis, betisnya luka yang agak dalam dan panjang luka tersebut 2 inci dan penulis ingin memberitahu penyelia asrama untuk mendapatkan bantuan dan dihalang oleh kawan penulis dengan alasan tidak mahu menyusahkan orang lain disebabkan waktu malam. Lalu dia berkata.

Tak apa, dengan Izin Allah yang menganugerahkan minda cemerlang pada kita, aku akan cuba ubati sakit aku. Kalau aku dah tak tahan nanti, aku akan panggil penyelia. Tak apa kau tidur lah dahulu”

Setelah habis mengulangi pelajaran, penulis pun tidur dan alangkah terkejutnya penulis pada keesokkan paginya apabila melihat luka kawan penulis telah kering dan penulis bertanya apa rahsianya dan dia menjawap.

Aku tengok kaki aku selama sejam sambil tu aku cakap dekat kaki aku, kau akan baik, kau akan sembuh, luka akan kering, selepas itu aku pun berzikir dan selepas aku berzikir aku cakap lagi dengan kaki aku dan selepas sejam aku dapati kulit aku yang terkoyak tu bercantum balik. Walaupun belum baik sepenuhnya tetapi aku dah tak rasa sakit di bahagian yang sakit tu”

Mulai dari itu penulis mula belajar untuk menjadi positif dan meningkatkan sifat positif dalam diri.
..........................................................................



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS