RSS

Bagaimana Cara Diet Dengan Atkins Diet? Pro dan Kontra Diet Atkins



Bagaimana Cara Diet Dengan Atkins Diet? Pro dan Kontra Diet Atkins

Penulis pernah diajukan soalan tentang cara diet yang agak terkenal masa kini yang dikenali sebagai Atkins Diet atau Diet Atkins. Sudah agak lama soalan tersebut ditanya dan penulis merasakan yang hari ini penulis akan menjawap soalan tersebut.

Dalam setiap program diet tentu ada pro dan kontra nya kaedah tersebut. Kaedah Diet Atkins juga tidak terkecuali terdapat pro dan kontra nya

Pro berkenaan Diet Atkins

Antara kelebihannya adalah pengurangan berat badan secara cepat, kesihatan akan bertambah baik dan mengurangkan risiko penyakit.

Diet atkins direalisasikan melalui pengurangan pengambilan karbohidrat, dengan pengurangan pengambilan karbohidrat tersebut, badan akan membakar lemak yang disimpan dan proses tersebut dinamakan sebagai Ketosis. Pada permulaanya karbohidrat akan dikeluarkan dari diet harian. Pada fasa pertama anda akan memakan banyak lemak dan minyak dan kebanyakkan dari kita akan berasakan tahap pemakanan lemak yang memuaskan akan menyebabkan kita mengalami penurunan berat badan yang ketara. 


Perkara yang perlu diambil penekanan adalah jangan hanya mengambil makanan yang berlemak sahaja sebaiknya mengehadkan pengambilan trans lemak seperti dalam marjerin dan lelemak yang lain. Banyakkan memaka mentega sebenar, minyak dalam kacang, minyak kanola, minyak flaks dan minyak zaitun. Antara yang perlu dielakkan adalah mengambil lemak poli tak tepu yang mengandungi asid lemak Omega 3 seperti dalam ikan.

Setelah anda mengalami kehilangan berat badan dengan cara cepat, karbohidrat boleh diambil semula dalam dos yang rendah dan beransur ansur. Pada waktu itu bolehlah kita memakan roti dan sedikit nasi :-)....

Salah satu kebaikan diet Atkins adalah mencegah Diabetes Jenis 2. Ini bermaksud dengan kehadiran protein dan lemak yang banyak dalam dalam badan tidak akan bertukar menjadi gula dan ini akan menyebabkan gula dalam darah menjadi stabil. Pesakit yang mempunyai tanda tanda awal diabetes mungkin boleh mengelakkan mengambil suntukan insulin pada masa yang akan datang jika dia mengamalkan diet atkins


Kontra Diet Atkins

Diet Atkin memang membantu anda dalam menghilangkan berat badan dan membuatkan anda kembali berkeyakinan setelah anda mendapat bentuk fizikal diri yang diidamkan oleh anda. Antara perkara yang perlu diketahui oleh anda adalah bahaya lemak dan protein yang tinggi yang menggangu kesihatan jantung dan lain lain lagi.

Salah satu perkara yang kurang diberi penekanan adalah kesan terhadap buah pinggang. Ukuran terhadap kesihatan buah pinggang yang terbaik adalah berkenaan kadar kreatinina (Creatinine) dalam darah. Apabila kadar kreatinina tinggi dalam darah akan menunjukkan tanda bahawa buah pinggang gagal berfungsi dengan baik. Kebanyakkan pengamal diet Atkins akan mengalami kadar kreatinina yang agak tinggi dimana kadar kreatinina yang melebihi 3.0 perlulah diperiksa oleh pakar perubatan untuk mengelakkan kegagalan fungsi buah pinggang.

Salah satu perkara yang menimbulkan perbahasan hangat di seluruh dunia adalah berkenaan dengan diet Atkins adalah risiko kehilangan kalsium. Kehilangan kalsium boleh menyebabkan tulang lemah atau osteoporosis.  Osteoporosis adalah pereputan tulang yang boleh menyebabkan tulang menjadi patah akibat kekaurangan kalsium yang selama ini kalsium digunakan untuk menguatkan tulang. 

Salah satu keburukan diet atkins adalah risiko penyakit gout. Ini adalah kerana semasa pembakaran lemak didalam badan penguraian tersebut akan meningkatkan jumlah urik asid didalam badan. Apabila urik asid meningkat akan meningkatlah risiko seseorang itu untuk mengidap penyakit gout.

Salah satu perkara yang jarang dibincangkan disebabkan kebanyakkan pengamal diet Atkins berasakan bahawa ia adalah benda remeh adalalah berkenaan sembelit. Antara alasan yang popular adalah “semua orang dalam dunia akan mengalami sembelit”. Keadaan sembelit akan kerap terjadi kepada pengamal diet Atkins adalah disebabkan mereka kekurangan serat. Kebanyakkan bahan serat adalah dari bahan yang banyak mempunyai karbohidrat.

Apa yang penting di dalam satu kaedah diet terdapat pro dan kontra nya. Anda akan berjaya jika anda mengamalkan kaedah yang betul. Apa yang penting adalah anda dapat mengelakkan diri anda dari risiko yang tidak baik

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan diet Atkins anda boleh klik sini atau di bawah


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS