RSS

Bagimana Memilih Peguam Yang Terbaik dan Bagaimana Mengelakkan Peguam Yang Tidak Baik



Bagimana Memilih Peguam Yang Terbaik dan Bagaimana Mengelakkan Peguam Yang Tidak Baik

Perkara yang penting dan perlu diketahui dan diingati adalah kebanyakkan peguam adalah baik. Mereka berkerja keras untuk lulus dan mereka pula berkelayakkan dalam undang undang. Walau bagaimanapun tidak semua peguam adalah pilihan terbaik. Peguam pakar dalam bidang yang berbeza beza dan mereka juga mempunyai pelbagai personaliti yang berbeza beza. 

Antara perkara yang bernilai untuk dingati adalah jika seorang peguam kehilangan kes, ini tidak bermaksud mereka tidak baik di tempat kerja, tetapi nasib tidak menyebelahi mereka pada ketika itu. Ini amat sukar untuk difikirkan jika anda ditempat yang kalah, mungkin pelbagai andaian akan berlegar di fikiran anda bagaimana ia terjadi. Namun demikian, anda boleh membuatkan kehidupan lebih indah jika anda memilih peguam yang mempunyai rekod cemerlang sejak dari awal.

Membayar peguam yang berwibawa yang mempunyai reputasi sangat baik dan mempunyai rekod prestasi yang hebat akan meletakkan anda dihadapan walau dalam kes jenayah yang serius, mempunyai peguam yang baik akan menyebabkan keputusan akan berhasil untuk menyebelahi anda.

Langkah pertama untuk memilih peguam yang tepat adalah adalah jika anda melalui perceraian dengan tuntutan nafkah yang memerlukan belanja yang besar tentu anda akan memilih peguam perceraian yang hebat dan berpengalaman. Jika anda didakwa untuk kes berkaitan jenayah tentu anda akan memilih peguam jenayah yang hebat. Memilih peguam yang tepat adalah seperti seperti memilih peralatan yang tepat bagi membaiki kereta anda. 

Seorang peguam yang baik tidak akan membuat anda menunggu, dimana tuduhan jenayah dikenakan atas diri anda, terus mereka akan menghubungi anda jika anda meminta khidmat mereka Perkara yang penting adalah peguam yang baik, tidak akan menyebabkan anda terlewat dan terus menghubungi anda jika anda memerlukan khidmat mereka. Ini adalah kerana jika anda ditahan dibawah kesalahan jenayah, tiada masa yang boleh dibazirkan.

Apa yang penting, jangan membiarkan diri anda dipaksa oleh mana mana peguam untuk membeli perkhidmatan dari mana mana peguam yang lain. Ada juga terdapat seorang peguam akan membayar komisen yang tinggi untuk rujukan pelanggan yang baru. Jika perkara tersebut terjadi pada anda, anda boleh terus melaporkan kepada pihak yang berwajib berkenaan hal tersebut. Jangan berkerja dengan peguam yang terlibat dengan aktiviti sebegini. Ia juga dianggap menyalahi undang undang di kenaykkan negara yang mengamailkan undang undang.

Memilih peguam yang baik untuk prosiding mahkamah adalah sangat penting dan anda perlu mengambil perhatian yang serius mengenai hal ini. Seorang peguam yang baik akan melindungi anda dan mempertahankan hak anda sepanjang keseluruhan proses dijalankan. Apa yang penting, anda tidak perlu takut untuk bertanya apa apa jua soalan dan melakukan penyelidikan berkenaan kes anda. Ini adalah berkenaan kehidupan dan kebebasan anda dan anda perlu berupaya untuk mempercayai peguam anda kerana peguam yang baik akan membuatkan anda merasa ada orang terbaik menyokong anda dalam kes yang sukar...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS