RSS

Bagaimana Membuka Akaun SSPN-i ?



Bagaimana Membuka Akaun SSPN-i ?

Soalan 1 :
Apa itu SSPN-i?
Jawapan :
SSPN-i merupakan satu instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-iadalah berlandaskan syariah menggunakan konsep ‘Wakalah Bil Istithmar'.


Soalan 2 :
Apakah objektif SSPN-i?
Jawapan :
Membudayakan tabiat menabung dikalangan warganegara Malaysia bagi tujuan pendidikan tinggi.


Soalan 3 :
Siapakah yang layak untuk membuka akaun SSPN-i?
Jawapan :
Kategori 1 (Akaun Am): 
Akaun dibuka oleh ibubapa/ penjaga/ warganegara Malaysia yang lain untuk mereka yang berumur 18 tahun ke bawah dan boleh mengekalkannya sehingga umur genap 28 tahun.
Kategori 2 (Akaun Am/ Individu):
Warganegara yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai pilihan samada untuk membuka akaun individu atau membuka akaun am oleh ibu bapa/ penjaga/ warganegara Malaysia yang lain.
Kategori 3 (Akuan Individu):
Warganegara yang berumur 29 tahun ke atas, perlu membuka akaun individu.


Soalan 4 :
Bagaimanakah caranya untuk membuka akaun SSPN-i?
Jawapan :
Pembukaan akaun SSPN-i boleh dibuat melalui kaunter PTPTN dan ajen SSPN-i di seluruh negara. Dokumen – dokumen yang perlu disertakan semasa membuka akaun:
(i) Salinan MyKad/ Kad Tentera/ Kad Polis pemohon.
(ii) Salinan Sijil Kelahiran/ MyKid/ MyKad anak.
(iii) Surat Akuan Berkanun/Sijil Anak Angkat (bagi ibu bapa yang ingin membuka akaun bagi anak angkat di bawah jagaan sah mereka).


Soalan 5 :
Apakah keistimewaan menyimpan?
Jawapan :
SSPN-menawarkan keistimewaan berikut:
  • Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN;
     
  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000.00 setahun;
     
  • Perlindungan Takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas*;
     
  • Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak**;
     
  • Simpanan dijamin oleh Kerajaan;dan;
     
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
Nota :
Perlindungan takaful berupa manfaat dan/ atau khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun hanya layak mendapat khairat kematian jika berlaku kematian keatasnya.
** Keluarga yang berpendapatan isi rumah (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan layak dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan.



Soalan 6 :
Dimanakah saya boleh membuat pembukaan akaun SSPN-i?
Jawapan :
Pembukaan akaun boleh dilakukan melalui saluran- saluran berikut:
BIL
SALURAN
AGENSI/ EJEN

1.

Kaunter
•    PTPTN
•    Maybank
•    Bank Islam Malaysia Berhad
•    Bank Simpanan Nasional
•    CIMB Bank Berhad
•    Agro Bank
•    Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
Berhad

2.
Potongan Gaji
•    Kakitangan Awam:
      -   Jabatan Akauntan Negara Malaysia
           (JANM)
      -   Perbendaharaan Negeri
      -   Badan Berkanun
      -   Pihak Berkuasa Tempatan
•    Kakitangan Swasta:
      -   Persetujuan majikan masing-masing
3.
Portal Rasmi PTPTN
(e-SSPN-i) Melalui
Financial Processing
Exchange (FPX)

•    Maybank
•    CIMB Bank Berhad
•    Bank Islam Malaysia Berhad
•    Hong Leong Bank
•    Public Bank Berhad
4.
Secara Dalam Talian
Melalui MyBayar
•    Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
5.
Perbankan Internet
•    Maybank (www.maybank2u.com.my)
•    CIMB Bank Berhad (www.cimbclicks.com.my)
6.
Automated Teller
Machine (ATM) dan
Cash Deposit Machine (CDM)
•    Maybank
•    Bank Simpanan Nasional

7.
Arahan Tetap
•    Maybank
•    Bank Simpanan Nasional
8.
Phone Banking
•    Maybank
9.
Autodebit
•    Agro Bank
Nota : Penambahan deposit juga boleh dibuat melalui terminal One Pay di 400 lokasi seluruh negara. Maklumat lanjut layari laman web PTPTN.


Soalan 7 :
Bolehkah penerima manfaat mempunyai lebih daripada satu akaun?
Jawapan :
Seseorang penerima manfaat boleh mempunyai lebih daripada satu akaun iaitu akaun yang dibuka oleh ibu/ bapa/ penjaga/ mana-mana warganegara Malaysia yang lain.


Soalan 8 :
Perlukah pendeposit dan penerima manfaat terdiri daripada ahli keluarga terdekat?
Jawapan :
Tidak semestinya kerana mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain.


Soalan 9 :
Sekiranya penerima manfaat telah mencapai umur 29 tahun, adakah akaun SSPN-i perlu ditukar ke akaun diri sendiri?
Jawapan :
Ya.


Soalan 10 :
Berapa lamakah proses permohonan pembukaan akaun SSPN-i?
Jawapan :
Proses permohonan pembukaan akaun SSPN-i mengambil masa tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.


Soalan 11 :
Adakah Kad SSPN-i berfungsi seperti kad ATM bank?
Jawapan :
Tidak.


Soalan 12 :
Bagaimanakah cara untuk menggantikan Kad SSPN-i?
Jawapan :
Pendeposit boleh menghubungi hotline PTPTN atau hadir di Pejabat PTPTN Negeri yang berhampiran.


Soalan 13 :
Apakah kelebihan simpanan secara potongan gaji?
Jawapan :
(i) Memastikan simpanan secara tetap dan konsisten.
(ii) Menjimatkan masa dan kos.
(iii) Menggalakkan budaya menabung.


Soalan 14 :
Bagaimanakah potongan gaji dilaksanakan?
Jawapan :
Pendeposit perlu mengisi dan melengkapkan Borang Kebenaran/ Penamatan Potongan Gaji Bulanan SSPN-i. (Klik di sini).


Soalan 15 :
Adakah simpanan SSPN-i boleh dikeluarkan untuk kegunaan lain?
Jawapan :
Ya, boleh.


Soalan 16 :
Adakah simpanan SSPN-i dipotong secara automatik sekiranya penerima biaya tidak membuat bayaran balik pembiayaan pendidikan PTPTN mengikut tempoh yang telah ditetapkan?
Jawapan :
Tidak.


Soalan 17 :
Bagaimanakah cara untuk menyemak jumlah simpanan SSPN-i?
Jawapan :
  • Melalui Portal Rasmi PTPTN (Klik di sini)
     
  • Melalui SMS dengan menaip: PTPTN SSPN-i<JARAK>NO AKAUN SSPN-i dan hantar ke 33199.
     
  • Hubungi hotline PTPTN.


Soalan 18 :
Bolehkah pengeluaran SSPN-i dilakukan oleh orang lain selain pendeposit?
Jawapan :
Tidak.


Soalan 19 :
Adakah caj dikenakan jika ingin mengeluarkan simpanan SSPN-i?
Jawapan :
Tiada.


Soalan 20 :
Bagaimanakah caranya untuk mengeluarkan simpanan SSPN-i?
Jawapan :
Pendeposit hendaklah melengkapkan dan mengemukakan dokumen berikut kepada PTPTN atau ejen SSPN-i:
(i) Slip Pengeluaran Deposit/ Tuntutan Geran Sepadan atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan GeranSepadan.
(ii) Salinan muka hadapan buku akaun simpanan/ penyata akaun pendeposit sekiranya ingin wang simpanan tersebut dikreditkan ke akaun pendeposit.


Soalan 21 :
Berapa lamakah proses pengeluaran deposit/ penutupan akaun SSPN-i?
Jawapan :
Proses permohonan pengeluaran deposit/ penutupan akaun SSPN-i mengambil masa tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.


Soalan 22 :
Sekiranya pendeposit meninggal dunia, bagaimanakah proses penutupan akaun SSPN-i?
Jawapan :
Sekiranya simpanan dalam akaun SSPN-i kurang daripada RM1,000, waris hendaklah melengkapkan dan mengemukakan dokumen berikut kepada PTPTN atau ejen SSPN-i:
  1. Borang Penutupan Akaun atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan.
  2. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera waris.
  3. Salinan Sijil Kematian pendeposit.
  4. Borang Pengesahan Waris kepada pendeposit SSPN-i (simati).
  5. Borang Bon Tanggung Rugi yang disediakan oleh PTPTN serta dimatikan Setem Hasil bernilai RM10.
  6. Salinan muka hadapan buku akaun simpanan/penyata akaun waris sekiranya ingin wang simpanan tersebut dikreditkan ke akaun waris.
Manakala sekiranya simpanan dalam akaun SSPN-i berjumlah RM1,000 dan ke atas, waris hendaklah mengisi dan melengkapkan dokumen berikut serta mengemukakan melalui ejen SSPN-i atau diposkan terus kepada PTPTN:
  1. Borang Penutupan Akaun atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan.
  2. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera waris yang disahkan oleh pihak yang diberi kuasa.
  3. Salinan Kad SSPN-i.
  4. Salinan Sijil Kematian pendeposit.
  5. Mengemukakan salah satu dokumen berikut daripada mana-mana badan yang dilantik (asal dan salinan):
  • Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
  • Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah; atau
  • Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/Arahan).
     

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS