Bagaimana
Bersikap Positif?
Bersikap
positif adalah menjadi positif dari semua segi selagi ia tidak
melanggar batas batas adat dan syariat. Bersikap positif juga adalah
kunci kepada kebahagiaan. Cuba bayangkan jika kita bangun pagi dalam
keadaan negatif dan terus memulakan hari, keadaan akan menjadi kelam
kabut, kusut dan apabila tamatnya hari tersebut kita akan merasakan
hari kita lalui adalah begitu teruk dan sungguh membosankan.
Positif
juga boleh dikaitkan dengan kegembiraan, ini adalah kerana apabila
kita bersikap positif kita akan berasa gembira tidak kira betapa
teruknya keadaan yang kita alami. Contoh yang terbaik adalah kita
melihat insan insan yang suka melakukan kebaikan dengan bersedekah
dan beramal akan bersikap positif dan tenang dalam semua segi
berbanding orang yang mengejar dunia tanpa tujuan yang pasti. Cara
yang terbaik untuk menyemarakkan rasa positif dalam diri adalah
berdamping dengan insan yang kurang bernasib baik. Ia seperti cetusan
perasaan yang berbelah bahagi apabila kita mereka melihat mereka dan
terus mewujudkan sifat positif dalam diri dan kita akan terus
mensyukuri apa yang kita ada. Keceriaan juga boleh mempengaruhi sifat
positif seseorang dimana dengan menjadi ceria dan gembira dapat
memupuk perasaan positif.
Ada
segelintir dari manusia pernah berkata:-
"Kenapa
kau ni asyik senyum dan gelak sahaja, kau tu muda lagi tak rasa
kesusahan dunia"
"Kau
tu tak kahwin lagi bila dah kahwin tahulah kau dengan sikap pasangan
kau barulah kau berhenti tersenyum"
"Kau
ingat kau senyum dan ceria boleh menyebabkan duit turun dari lagit
ke? boleh bayar hutang ke? boleh beli kereta ke?"
"Tak
payahlah buat comel, kau ingat dengan senyuman kau tu, kau boleh
dapat penghargaan oleh kawan kawan ke? jadi perkerja terbaik ke?"
Itulah
antara kata kata segelintir insan yang kurang gembira dengan
kehidupan mereka dan kadang kadang mereka sendiri pun tidak tahu apa
yang dicari oleh mereka. Hakikat yang perlu diketahui bahawa setiap
hari kita akan mencari sisi terang dalam kehidupan dan mencuba
menjadi terbaik dan gembira dalam semua segi dan dengan bersikap
positif semua ini boleh menjadi. Dengan bersikap positif kita akan
meningkatkan keupayaan diri untuk melihat penyelesaian kepada masalah
hidup, berkeyakinan untuk menghadapi segala macam dugaan dan ujian.
Selain itu dengan bersikap positif juga dapat membuatkan kita berani
dan tidak takut pada kekalahan.
Bersikap
positif juga dapat membuatkan kesihatan kita baik, ini terbukti hasil
dari kajian akademik yang menunjukkan bahawa bersikap positif sahaja
dapat memberikan kesan yang nyata pada pencegahan penyakit seperti
sakit jantung dan pelbagai jenis penyakit lagi. Pengalaman penulis
adalah penulis sendiri pernah melihat keajaiban penyembuhan dengan
minda yang positif ketika penulis berada di asrama. Ada seorang kawan
penulis, betisnya luka yang agak dalam dan panjang luka tersebut 2
inci dan penulis ingin memberitahu penyelia asrama untuk mendapatkan
bantuan dan dihalang oleh kawan penulis dengan alasan tidak mahu
menyusahkan orang lain disebabkan waktu malam. Lalu dia berkata.
“Tak
apa, dengan Izin Allah yang menganugerahkan minda cemerlang pada
kita, aku akan cuba ubati sakit aku. Kalau aku dah tak tahan nanti,
aku akan panggil penyelia. Tak apa kau tidur lah dahulu”
Setelah
habis mengulangi pelajaran, penulis pun tidur dan alangkah
terkejutnya penulis pada keesokkan paginya apabila melihat luka kawan
penulis telah kering dan penulis bertanya apa rahsianya dan dia
menjawap.
“Aku
tengok kaki aku selama sejam sambil tu aku cakap dekat kaki aku, kau
akan baik, kau akan sembuh, luka akan kering, selepas itu aku pun
berzikir dan selepas aku berzikir aku cakap lagi dengan kaki aku dan
selepas sejam aku dapati kulit aku yang terkoyak tu bercantum balik.
Walaupun belum baik sepenuhnya tetapi aku dah tak rasa sakit di
bahagian yang sakit tu”
Mulai
dari itu penulis mula belajar untuk menjadi positif dan meningkatkan
sifat positif dalam diri.
..........................................................................
Bacaan lain. Nilai positif dari kaca mata Barat