Kadang kadang apabila kita berada dalam
usia 20-an kita merasakan kita mahu untuk kelihatan dewasa dan
apabila kita berada dalam umur 40-an kita mahu untuk kelihatan muda
dan bertenaga. Kadang kadang-kadang kita tercari cari apakah yang
menyebabkan kita akan menjadi muda dan kelihatan muda.
Antara panduan yang boleh digunakan
adalah :
Jangan Risaukan Tentang Umur Anda
Lupakan tentang umur anda. Berhenti
dari mengira nafas anda. Fikirkan apa yang anda akan lakukan dalam
hidup anda. Tulis tentang matlamat hidup anda dan pencapaian anda
dari dulu hingga sekarang. Kita tidak dapat mengawal masa dan
setiap saat yang berlalu menyebabkan kita semakin tua. Masa tidak
pernah berehat atau berhenti, mengapa kita perlu mengganggu fikiran
kita dengan pelbagai perkara yang di luar batasan kawalan kita.
Berfikiran positif
Berfikiran positif menyebabkan kita
akan menyebabkan kita mudah berasa bahagia dan muda. Berfikiran
positif juga adalah faktor utama setiap kejayaan.
Murahkan Senyuman
Senyuman merupakan satu sedekah dan
senyuman yang ikhlas adalah satu hadiah yang paling tidak ternilai.
Hidup merupakan satu perjalanan yang panjang dan masa susah dan masa
sukar merupakan salah satu dari titian perjalanan kehidupan. Apabila
kita tersenyum dalam apa jua keadaan, kita tentu akan dapat
menyelesaikan masalah tersebut. Ketegangan dan bimbang membuatkan
kita kelihatan tua dan jika boleh cuba elakkan ketegangan dan
kebimbangan terus menghantui diri kita.
Kehijauan Suasana
Luangkan masa untuk berjalan dalam
kehijauan dan udara terbuka. Lupakan segala segalanya dan fokus pada
kehijauan dan udara segar. Apabila menyedut udara yang segar disana,
kita akan merasakan sesuatu aura yang menyebabkan kita menjadi sihat.
Sebenarnya aura tersebut adalah mesej kehidupan yang dihantar dari
setiap tumbuhan yang berada di sana.
Bersukan
Bersukan merupakan salah satu cara yang
terbaik untuk menjadi muda. Besukan membantu kita untuk meningkatkan
semangat atlet ini adalah kerana atlet yang bertenaga akan kelihatan
lebih muda dari usia mereka.
Berehat
Berehat bmerupakan salah satu cara yang
akan meningkatkan semangat muda dalam diri anda. Tidur santai adalah
penting dan sekurang kurangnya 8 jam. Ia akan meningkatkan prestasi
badan, membuatkan anda lebih baik dan paling penting adalah anda akan
kelihatan muda.